SEJARAH KAMPUNG

      SEJARAH KAMPUNG
    

                   Asal usul nama Kuala Sanglang seperti diriwayatkan oleh Tok Pengulu Said bin Jaafar bin Enjang (1860 -1960) berasal dari perkataan "sarang helang": sebutan Kuala Sarang Helang lama kelamaan berubah menjadi Kuala Sanglang. Di zaman dahulu banyak sarang helang didapati di tepi pantai. Dikatakan pada awalnya satu keluarga nelayan Cina tingal ditempat itu dan mendapat tangkapan yang baik. Perkara ini menarik lebih ramai orang datang ke situ.[1]
Kuala Sanglang Kedah, sebagai nuklues, dibuka oleh Penghulu Said yang dikenali juga sebagai Panglima Said. Penghulu Said bersama pengikutnya di sekitar 1900 telah datang membuka Kampung Kuala Sanglang di kawasan yang dikenali sebagai Kampung Masjid adalah tanah milik beliau .Dia mewakafkan satu bahagian untuk Masjid dan satu bahagian untuk kubur semasa kubur awal Kuala Sangalang di tepi laut telah terhakis dan juga menjadi laluan sungai korek di sekitar 1957. Orang yang pertama di kuburkan ialah Tok Udoh isteri Tok Man Sekun (school) yang bersama Che Gu Mat Amin rakan rakan sebaya Penghulu Said yang mempelopori Sekolah Rakyat Kuala Sanglang. (Diriwayatkan oleh Fatimah binti Ali isteri Abdul Ghani kepada En Abdul Halim Abd Ghani bin Said)[2]
Kampung Kuala Sanglang berkembang menjadi Sungai Baru, Kg Masjid dan Kuala Sanglang Perlis. Apabila Perlis yang asalnya tanah jajahan Kedah diambil oleh Siam dan dihadiah kepada keluarga Jamalulai Raja Perlis, Kuala Sanglang menjadi sempadan dan juga pangkalan yang penting. Di masa jajahan British ditempatkan tangsi polis di kedua belah sempadan lengkap dengan Kastam. Selepas pemerintahan Jepun sempadan ini dimansuhkan. Kepentingan Kuala Sanglang menurun walaupun ia masih jadi lebuh raya laut dari Kuala Sanglang ka Kula Kedah dengan perkhidmatan bot tambang dari Sungai Baru ke Kuala Kedah.
Setelah terbina jalan raya dari Simpang Empat, Perlis merentasi Kampung Sanglang ke Alor Setar peranan Kuala Sanglang makin merosot dan kekal sebagai kampung nelayan. Walau bagaimanapun penambahan penduduk dan perpindahan dari tempat lain sejak 50 tahun dahulu kawasan Kuala Sanglang sudah membesar kepada 4 kali ganda asal.

SENARAI  AHLI JAWATANKUASA  KAMPUNG
PENGERUSI
EN MASZELAN BIN MAN
SETIUSAHA
PN ROZIELA BINTI ABDUL GHANI
AHLI JAWATANKUASA
          1.MOHD REZAM BIN OTHMAN
                                   2.LAILA BINTI MAN
                                   3.SUHANA BINTI ABDUL GHANI
                                   4.ABDUL HALIN OTHMAN
                                   5.ABDUL AZIZ BIN MAT ISA
                                   6.OTHMAN BIN AROB
                                   7.MAN BIN AROB
                                   8.ARISHAH BINTI
                                   9.AHMAD BIN HARUN
                                  10.SHAARI BIN TAIB
                                  11.MOHD SAAD BIN MAN
                                  12.RAHMAN BIN MAT NOH
                                  13.RAHIM BIN MAT NOH
                                  14.SHAAHRUL ANUWAR BIN SIRAT
                                  15.YAHAYA BIN AHMAD
                                  16.MD RAHIM BIN SEMAN
                                  17.AHMAD ROMZEE BIN YATIM

.                                                 KAMPUNG BERHAMPIRAN
a)      Kampung Kuala Sanglang Perlis
b)      Kampung Tanah Timbul Perlis
c)      Kampung Kuala Sanglang Kedah
d)      Kampung Baru Tepi Laut Kuala Sanglang Kedah
e)      Simpang Sanglang Perlis
f)       Kampung Rama Perlis
g)      Kampung Permatang Keriang Perlis
h)    Kampung Padang Keria Perlis


JUMLAH PENDUDUK:ANGGARAN 2000

KOMPISASI PENDUDUK
 a)70%  Melayu /Islam
 b)28% Cina
 c)2%  India

.PEKERJAAN PENDUDUK
 a)Kakitangan Kerajaan
 b)Petani
 c)Nelayan
 b)Bekerja Sendiri
 e)Buruh

SEKOLAH BERHAMPIRAN
a)Sekolah SRJK Chin Hun
b)Tadika Kemas Kuala Sanglang Perlis
c)  Sek.Keb.Sanglang Perlis
d) SMK Sanglang Perlis


KEMUDAHAN ASAS
a)  Pondok polis
b)  Klinik 
c)   Masjid
d)   Surau
e)   Gelanggang futsal
f)    Sekolah
g)   Bekalan Air
h)   Jalan Bertar
i)     Lampu Jalan
j)    Perpustakaan Desa

 DEWAN UNDANGAN NEGERI:SANGLANG( N15)
 Ahli Dewan Undangan Negeri:YB Tuan Shukri Bin Ramli( Pas)

 PARLIMEN:ARAU (P3)
 Ahli Parlimen:YAB Dato Seri Dr Shahidan Kassim


LOKASI SEKITAR KAMPUNG KUALA SANGLANG

KEMUDAHAN ASAS

BALAI POLIS


        













KLINIK KESIHATAN





TABIKA KEMAS

KEGIATAN EKONOMI

HARDWERE DAN BAHAN BINAAN















KEDAI RUNCIT














BERNIAGA

















1 comment:

  1. Bila bersembang dengan orang tua kuala sanglang mengenai sejarah kuala sanglang, selalu orng sebut nama arwah Tok Din Belukang. Siapakah dia?

    ReplyDelete